Other Editions

JDT lantik pencari bakat untuk mencari “ubi baru”

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bersetuju untuk melantik tiga orang ‘scout’ (pencari bakat) di setiap negeri untuk mengenalpasti dan meninjau pemain yang berbakat untuk diserapkan dalam Akademi JDT dan juga pasukan JDT.

Menurut pengarah sukan kelab JDT, Alistair Edwards, Kelab JDT juga bersetuju supaya inisiatif sebanyak RM10,000.00 diberikan kepada setiap ‘scout’ apabila berjaya mengenalpasti pemain-pemain tersebut.

“Ini menunjukkan kami serius dan ia bukan sahaja untuk pembangunan akar umbi di negeri Johor tetapi juga di seluruh negara untuk pemain berbakat dapat bermain dalam kelab JDT. So, get ready ubi-ubi!”, katanya melalui laman facebook rasmi pasukan JDT. 

Pada tahun 2014, Tanah seluas 30 ekar di Kulaijaya telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor untuk projek pembangunan akademi bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim.

 

 

Pembinaan Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan dibuka di Kulaijaya terletak di lokasi berhampiran Johor Premium Outlet (JPO) yang bakal meletakkan JDT satu lagi langkah ke hadapan dengan adanya pusat akademi bola sepak sendiri.

Projek pembinaan pusat akademi tersebut yang bertujuan untuk mencungkil dan menggilap bakat para pemain untuk jangka panjang akan mula dilaksanakan beberapa hari lagi.

Projek akademi bola sepak JDT seluas 40 ekar ini adalah salah satu daripada ilham pemilik kelab itu, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang mahukan pembangunan bola sepak negeri Johor dimulakan dari peringkat akar umbi.