
Tan Sri Annuar Musa, yang juga penasihat dan penaja pasukan Kelantan, terus melontarkan hujah-hujahnya melalui laman sosial Facebook berkaitan sekatan perpindahan pemain import seperti yang maklumkan oleh FMLLP semalam.
Beliau menuntut FMLLP supaya bertanya dahulu kepada KAFA berkenaan situasi sebenar supaya nampak lebih profesional dan tidak membuat kenyataan yang salah.
“Tahukah FMLLP, semua duit yang diterima dari JDT setakat ini sudah semuanya digunakan untuk membayar tunggakan gaji pemain dan untuk menandatangani pengganti Ghaddar tetapi tidak untuk perpindahan Seydi Imam?”
“Tahukah FMLLP, Seydi Imam dibawa masuk dengan penjimatan tanpa melibatkan kos tambahan kepada KAFA, dan dibawa oleh ejen untuk menggantikan Ceilin yang cedera serta menghadapi masalah kecergasan?”
“Tahukah FMLLP, KAFA melakukan penjimatan dengan meminjamkan pemain seperti Pok Nik ( Nik Shahrul Azim ), untuk memastikan KAFA tidak berbelanja lebih?”
“Tahukah FMLLP, beberapa bekas pemain import yang tengah bising dilaman sosial ini ada kes dan ‘dispute’ tertentu dengan KAFA, dan sedang melalui proses tertentu pilihan mereka sendiri?”
Tan Sri Annuar Musa juga mahu mengetahui atas sebab apa pendaftaran Seydi Imam perlu dihalang.
“Kalau Bakr dibenarkan untuk pendaftaran, atas asas apa mahu menghalang Seydi Imam, sedangkan peraturan jelas menyebut ‘signing’ yang tidak melibatkan kos tambahan dan penjimatan adalah hak pasukan.”
“Atau FMLLP mahu kelab terus buang duit dengan kekalkan pemain yang ‘sakit’, tak perform dan sebagainya, supaya The Red Warrior yang sudah dipotong mata terus ranap dan tidak mampu bersaing?”
“Itukah arahan kerja FMLLP terhadap ahli gabungan KAFA?”
” Mengapa pula FMLLP membenarkan pemain KAFA berpindah kalau tidak benarkan untuk menggantikan mereka?”
” Sila jawab secara profesional.”
https://www.facebook.com/tansri.annuarmusa/posts/1524181380987515