Luar Negara

Tangisan Penyokong AS Roma Kepada Francesco Totti Selepas Tamat Perlawanan Terakhirnya

Francesco Totti menamatkan 25 tahun karier bola sepak profesionalnya bersama AS Roma, dengan penampilan 786 kali yang juga buat kali terakhir dalam perlawanan bertemu Genoa.

Pemain berusia 40 tahun itu, masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 54 dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 3-2 kepada AS Roma.

“Menang 1 kejuaraan liga bersama Roma adalah lebih bermakna dari 10 kali menang bersama Juventus atau Real Madrid”

“Hanya ada 1 pemain sahaja yang boleh melakukan apa yang saya tidak akan mampu – Leonel Messi.”

“Saya membesar bermain dengan Roma dan saya mahu mati bermain untuk Roma”

Selepas tamat perlawanan bertemu Genoa, para penyokong yang bersesak-sesak dalam perlawanan itu tidak mampu menahan air mata menyaksikan ‘legend’ mereka beraksi buat kali terakhir.

Totti juga menyerahkan ‘arm-band’ kapten kepada seorang kanak-kanak, Mattia Almaviva yang juga kapten skuad akademi AS Roma.

Video suasana penyokong di stadium selepas tamat perlawanan.

LEGEND: Francesco Totti thanks the ASRoma crowd for one final time. 🙌🏼👑🇮🇹

The Football BIBLE.さんの投稿 2017年5月28日