Liga Super Malaysia

Bagaimana Pembahagian Wang Tunai Dalam Liga Perdana Inggeris Dilakukan.

Mulai musim 2016/17 untuk 3 musim akan datang, SkySport dan BT Sports telah bergabung untuk membeli hak penyiaran bagi Liga Perdana Inggeris dengan nilai domestik sebanyak 5.136 billion Pound. Selain itu juga, mereka telah berjaya menjual hak penyiran kepada stesen TV antarabangsa dan keseluruhannya berjumlah sekitar 8.2 juta Pound termasuk dengan nilai domestik.

Cara Pembahagian Yang Digunakan.
Terdapat 2 bahagian utama yang dipecahkan dari jumlah keseluruhan wang yang diperolehi seperti dibawah.

1) Hasil Penyiaran Domestik
Pecahan pertama adalah untuk siaran domestik UK. Hasil penyiaran domestik ini pula akan dipecahkan kepada 3 bahagian yang lebih kecil.

  • 50% dari jumlah hasil penyiaran domestik akan dibahagikan kepada semua 20 pasukan bertanding secara sama rata ( sekitar 38 juta Pound setiap pasukan )
  • 25% dari jumlah dari baki yang tinggal akan dibahagikan mengikut sistem merit. Sistem merit ini adalah mengikut kedudukan pasukan pada akhir musim liga. ( pasukan tercorot masih akan mendapat sekitar 2 juta Pound )
  • 25% terakhir dari hasil penyiaran tempatan, akan dibahagikan mengikut “facility fee”, iaitu jumlah perlawanan yang disiarkan secara langsung untuk sesebuah pasukan tersebut. Setiap siaran live akan diberikan sebanyak 1 juta Pound atau minimum 10 juta Pound.

2) Hasil Penyiaran Antarabangsa
Pihak yang memegang hak penyiaran Liga Perdana Inggeris menjual hak penyiaran ini kepada stesen-stesen TV antarabangsa.

Hasil yang diperolehi akan dibahagikan secara sama rata dengan semua 20 kelab yang bertanding dalam Liga Perdana Inggeris. Dianggarkan setiap pasukan akan menerima sekitar 47 juta Pound.

Selepas berakhirnya liga musim 2016/17, Chelsea sebagai juara Liga Perdana Inggeris akan menerima sekitar 150 juta Pound dan Sunderland sebagai pasukan tercorot akan menerima sekitar 100 juta Pound.

Nota: Angka tepat untuk semua perolehan setiap kelab mungkin sedikit berbeza berbanding angka dalam artikel ini. Tetapi secara umumnya inilah cara bagaimana penganjur Liga Perdana Inggeris membahagikan hasil kepada kelab-kelab yang bertanding.