Liga Super Malaysia

Mohammed Ghaddar Sah Ke Johor Darul Ta’zim

Kisah perpindahan paling panas musim ini, telah sampai ke penghujungnya apabila Ghaddar mengesahkan perpindahan beliau melalui laman sosial instagram nya hari ini.

“Selepas separuh musim yang hebat bersama Kelantan, dengan penuh rasa hormat kepada pasukan dan penyokong, saya mengumumkan akan meninggalkan Kelantan untuk meneruskan karier bersama Johor Darul Ta’zim. Ini merupakan satu peluang sekali seumur hidup saya sebagai seorang pemain profesional dan juga untuk keluarga.”

“Saya amat menghargai apa yang telah Kelantan lakukan untuk saya terutama tan Sri Annuar Musa yang sentiasa menggangap saya sebagai anaknya. Kelantan akan sentiasa dalam ingatan saya sebagai rumah kedua.”

 

18 gol dalam 11 penampilan Liga Super 2017 adalah prestasi terbaik seorang pemain import Liga Malaysia. Ghaddar dijangka mampu untuk memecahkan rekod penjaring liga terbanyak Liga Malaysia sepanjang zaman.