Liga Super Malaysia

9 Keputusan Yang Akan Menggagalkan Misi Johor DT Ke Separuh Akhir Zon ASEAN AFC Cup 2017

Sebelum kita terus kepada ‘senario terburuk’ yang mungkin berlaku, perlu ditekankan untuk memahami format dan peraturan baru AFC Cup 2017. Sila rujuk grafik dibawah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai ‘overview’ format AFC Cup 2017.

Kaedah Penentuan Kedudukan Dalam Kumpulan

Bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan, pihak AFC telah menetapkan ia perlu mengikut susunan seperti dibawah jika ada pasukan yang terikat kedudukannya:

  1. Jumlah Mata
  2. Head-to-head
  3. Perbezaan jaringan
  4. Jumlaha jaringan

Formula Pengiraan Pasukan Tempat Ke 2 Terbaik

Bagi kumpulan F dan G, pasukan dikedudukan kedua mengikut pengiraan biasa akan ditolak semua mata, gol, bolos dan pebezaan gol yang diperolehi ketika bertemu pasukan tercorot dalam kumpulan selepas perlawanan terakhir.

Sejak tamat perlawanan ke 5 AFC Cup 2017 Zon ASEAN, hanya Home United sahaja yang telah mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN dan . Manakala pasukan-pasukan lain dalam kumpulan F, G dan H, peluang masih lagi terbuka terutama kumpulan G, dimana Felda United juga masih belum terkeluar dari saingan merebut tempat ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN.

Kami telah membuat 243 simulasi gabungan keputusan dan kedudukan pasukan dalam kumpulan F, G dan H seperti dibawah. Kami menggunakan F1-F9, G1-G9 dan H1-H2 sebagai label setiap keputusan.

Kumpulan F

Simulasi Keputusan Dan Kedudukan Kumpulan F

Kumpulan G

Simulasi Keputusan Dan Kedudukan Kumpulan G
Simulasi Keputusan Dan Kedudukan Kumpulan H

 

Mustahil Untuk Johor DT Sebagai Juara Kumpulan F ?

Jawapannya tidak mustahil.

Johor DT perlu menang dalam pertemuan dengan Magwe di Larkin pada 3 Mei nanti dengan mengharapkan, Boeung Ket Angkor mampu untuk sekurang-kurangnya seri bertemu Global ( Sila rujuk keputusan F4 dan F7 ). Dalam keputusan F4, Johor DT akan mendapat 13 mata, manakala Global kekal dengan 12 mata dengan Magwe ditangga tercorot.

Jika keputusan F7, dimana Global seri bertemu Boeung Ket Angkor, Johor DT dan Global berkongsi mata, namun Johor DT mempunyai kelebihan perbezaan jaringan yang lebih tinggi berbanding Global.

Johor DT akan layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan F.

 

Bagaimana Nasib Felda United Jika Johor DT Juara Kumpulan F?

Felda United jika mahu layak ke separuh akhir sebagai ‘Best 2nd Place’, wajib menang perlawanan bertemu Hanoi.

Jika keputusan F4 berlaku dalam kumpulan F, Felda United menang bertemu Hanoi ( rujuk keputusan G3, G6 dan G7 ), apa pun keputusan Ceres Negros, Felda United akan berada di tempat kedua kumpulan G dengan 8 mata berdasarkan head-to-head.

Dan untuk pengiraan ranking ‘Best 2nd Place’, Felda United mempunyai 7 mata manakala berdasarkan keputusan F4, Global hanya mempunyai 6 mata dan Yadanarbon akan memiliki 7 mata dalam kumpulan H ( rujuk keputusan H1). Dalam situasi ini perbezaan gol akan diambil kira bagi menentukan ‘Best 2nd Place’ yang akan layak ke separuh akhir.

Jika keputusan F7 berlaku dalam Kumpulan F, (G3,G6 dan G7) berlaku dalam kumpulan G dan H1 berlaku dalam kumpulan H, Global FC, Felda United dan Yadanarbon akan mempunyai mata yang sama, 7 mata. Dalam situasi ini perbezaan gol akan diambil kira bagi menentukan ‘Best 2nd Place’ yang akan layak ke separuh akhir. Kedudukan perbezaan gol sekarang adalah Global (+2), Felda United (0) dan Yadanarbon (-2), dan ini bermakna Felda United memerlukan jaringan yang besar bagi lolos ke separuh akhir.

Untuk memaksimakan mata AFC MA Ranking, keputusan (F4, F7), (G3,G6,G7) dan (H2,H3) adalah yang paling ideal.

 

9 Keputusan Yang Akan Menggagalkan Misi Johor DT Ke Separuh AkhirZon ASEAN AFC Cup 2017

Kemungkinan untuk Johor DT tidak layak ke separuh akhir zon ASEAN masih ada walaupun dirasakan tipis berdasarkan prestasi semasa. Namun apa sahaja boleh berlaku dan disini kami terangkan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Dalam perlawanan terakhir, jika Johor DT tewas kepada Magwe dan Global menang keatas Boeung Ket Angkor, kedudukan Johor DT masih kekal ditempat kedua kumpulan F (rujuk keputusan F3). Namun, kedudukan pasukan tercorot akan berubah dengan Magwe akan berada ditempat ke 3 mengatasi Boeung Ket Angkor sebagai pasukan tercorot.

Dalam pengiraan ranking ‘Best 2nd Place’, Johor DT hanya akan membawa 4 mata selepas ditolak 6 mata hasil kemenangan keatas Boeung Ket Angkor.

Kembali kepada keputusan yang mungkin berlaku dalam kumpulan G, kami dapati ada 7 keputusan G1-G7 dan H1-H3 yang akan menyebabkan Johor DT gagal layak ke peringkat separuh akhir.

Semua pasukan dalam kumpulan G dan kumpulan H, masih berpeluang untuk layak ke separuh akhir bergantung kepada gabungan keputusan kumpulan F (F1-F9), kumpulan G (G1-G9) dan kumpulan H (H1-H3).

 

Rumusan

Kedua-dua wakil Malaysia dalam AFC Cup 2017 masih mampu layak ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN AFC Cup 2017.

Jika Felda United sebagai ‘Best 2nd Place’, Johor DT akan bertemu Juara Kumpulan G diperingkat separuh akhir (perlawanan away dahulu). Manakala, jika Johor DT sebagai ‘Best 2nd Place’, mereka akan bertemu Juara Kumpulan G diperingkat separuh akhir ( perlawanan home dahulu).