Liga Super Malaysia

Apa Sebenarnya Yang Pencari Bakat Mahukan Dari Seorang Pemain Bola Sepak

 

Pada kebiasaannya, kita sentiasa dimomokkan sejak dari kecil hingga sekarang untuk menjadi pemain bola sepak yang bagus, kemahiran adalah faktor yang menentukan segala-galanya. Namun, generasi sekarang ini sudah berubah dan mereka sedar untuk menjadi seorang pemian bola sepak yang bagus, ia bukan sekadar kemahiran asas bola sepak sahaja yang diperlukan untuk berjaya dalam konteks sebenar berjaya dalam bola sepak.

Scout team – merupakan orang yang bertanggung jawab untuk menjalankan misi penting sesebuah kelab untuk mengenalpasti pemain muda yang berpotensi untuk ‘growth’ bersama mereka. Pastinya ada beberapa ujian dan assessment akan dibuat sebelum memutuskan untuk membawa pemain itu ke kelab mereka.

Kami senaraikan 4 faktor kritikal yang menjadi fokus utama scout team semasa mereka turun mengenalpasti pemain-pemain berpotensi, yang juga mungkin boleh menjadi rujukan ringkas bagi membuka lebih ruang dan peluang.

 

1.Kemahiran Bola Sepak

2017-01-23_10-53-39

Mempunyai teknik yang bagus merupakan satu perkara wajib. Salah satu daripada aspek paling kritikal dalam menentukan kualiti seseorang pemain adalah sentuhan pertama. Ia akan menentukan kemana arah tuju gerakan seterusnya dan ia sangat ‘crucial’. Nampak seperti remeh tetapi ia menunjukkan bagaimana seseorang pemain itu berfikir untuk gerakan seterusnya membuat keputusan penting untuk membuat hantaran ataupun percubaan.

‘Flashy Moves’ mungkin memberitahu kepada kita seseorang pemain itu memiliki ‘tricks’ dan berkebolahan tinggi serta mempunyai keyakinan penuh untuk membuat gerakan seperti ini. JIka berjaya membantu pasukan untuk menewaskan lawan, akan diangkat sebagai wira. Namun sebaliknya jika ia merencatkan ‘counter-attack’, ia mampu meruntuhkan mentality pemain dan pasukan secara keseluruhannya.

Jadi, pencari bakat akan melihat pemain yang mempunyai ‘capability’ mengawal bola dikaki dan menggunakan kemahiran teknikal mereka untuk diri sendiri serta paling penting, sumbangan kepada pasukan.

 

2.Taktikal ‘Awareness’

Pellegrini-reversed-tactic-analysis

Faktor kedua ini lebih banyak dirujuk sebagai ‘Football IQ’, bermaksud bagaimana pemain begerak dalam padang dan ‘alert’ kepada situasi yang berbeza. Tahap kepentingan perkara ini adalah sama seperti ketika pemain mempunyai bola dikaki.

Contoh paling mudah untuk diperhatikan adalah bagaimana seseorang pemain ini menutup ruang kepada pihak lawan ( close down space & player ) ketika bertahan dan bagaimana mereka menarik pertahanan lawan dan membuka ruang (draw defenders & open space ) untuk rakan sepasukan membuat gerakan seterusnya.

Mereka perlu ‘awareness’ kepada persekitaran seperti dimana posisi beliau relative kepada rakan sepasukan, dan juga posisi pihak lawan.

Menurut pencari bakat Fulham – Roger Skyrme, “Saya amat jarang melihat kepada bola semasa seseatu perlawanan. Saya akan sibuk memerhatikan perkara seperti posisi pemain dipadang, dan samada mereka bersedia untuk membuat gerakan yang membantu rakan sepasukan mengatasi lawan.

 

3.Fizikal

Football, UEFA Cup Winners Cup Final, Lisbon, Portugal, 6th May 1992, Monaco 0 v Werder Bremen 2, Bremen?s Dieter Eilts moves away from Monaco?s Rui Barros (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Dalam kategori fizikal ini terdapat beberapa ‘attributes’ yang terlibat seperti kelajuan dan saiz dimana telah dimiliki oleh seseorang pemain sejak asal dan ianya agak sukar untuk diubah.

Secara optimum, ketinggian dan kelajuan boleh dikatakan sangat diperlukan, tetapi ia bukan perkara paling mustahak bergantung kepada posisi pemain dan tugas yang diberikan.

Sebagai contoh, ketika anda sebagai pemain tidak mampu untuk menaikkan ketinggian sebanyak 30 cm setahun, adalah lebih rasional untuk lebih memberikan fokus kepada stamina, ‘balance’ serta kemahiran kawalan bola. Dari apa yang kami tahu, kelab bola sepak sekarang akan membuat satu ujian kepada pemain muda berpotensi untuk menjangka ‘growth’ ketinggian mereka dan ia lebih signifikan kepada posisi penjaga gol.

 

4.Temperament Management

2

Pencari bakat ‘mencari’ lebih daripada kemahiran bola sepak dalam diri pemain itu sendiri. Mereka perlu meneliti juga apakah  seseorang pemain itu mempunyai ‘Temperamant Management’ yang betul atau tidak.  Pihak pencari bakat ini melihat pemain yang mampu untuk beraksi dibawah tekanan yang ditinggi dan dalam masa yang sama mampu mengawal emosi untuk memberi lebih sumbangan kepada pasukan dan bukan mementingkan diri sendiri.

Selain itu, pencari bakat atau lebih dikenali sebagai scout, akan memerhatikan dengan rapat perkara seperti keberanian dan semangat yang ada pada pemain untuk memacu rakan dan pasukan dengan lebih lagi.

Kadang-kadang kita dapat melihat juga bagaimana kelab membawa keluarga dan rakan rapat pemain ke stadium semasa perlawanan untuk ‘assessment’ kepada latar belakang ‘Temperament Management’ pemain itu sebenarnya.

“The pitch doesn’t lie. When you see a guy 20 times … and when you see a kid warming up, you understand many things.” – scout Gilles Grimandi

 

Rumusan

Menurut Director of Scouting US Soccer Development Academy, Tony Lepore, adalah penting untuk pemain memberikan aksi yang terbaik dan menganggap ‘scout team’ sedang memerhatikan mereka sepanjang perlawanan berlangsung.

Adalah sukar untuk menyembunyikan pemain yang berkualiti. Jika anda pemain yang bagus, kami akan jumpa anda.