Luar Negara

Adelaide United Akan Bertemu Pulau Pinang Dalam Persiapan Hyundai A-League.

Guillermo Amor Martínez mengesahkan akan membawa skuad Adelaide United ke Malaysia dalam ranka persiapan mereka bagi menghadapi Hyundai A League 2016/2017.

Secara keseluruhannya, Adelaide United akan berada di Malaysia selama 8 hari dan akan bertemu pasukan Liga Super – Pulau Pinang.Skuad ini akan meneruskan rutin latihan keras mereka di Malaysia kerana cuaca yang panas akan membantu mereka meningkatkan tahap kecergasan pasukan.

14095851_10157607796250019_7706187482245531515_n

The Reds yang berlepas pada hari Ahad, akan ‘berkampung’ di Cyberjaya dan melakkukan latihana selama 4 hari di Universiti Multimedia. Mereka akan bergerak ke Pulau Pinang pada hari Jumaat, dan akan bertemu Pulau Pinang pada Sabtu malam sebelum pulang ke Australia pada hari Selasa.

Pengurus Prestasi Tinggi Adelaide United, Greg King berkata, kunjungan ke Malaysia ini akan menguntungkan pasukan dalam persediaan musim baru.

14067444_10157607796270019_8337672413487701479_n

“Kami tidak mempunyai masa untuk mengadakan latihan pra-musim tahun lalu, dan tahun ini ia mengujakan kami.”
“Trip ini menuntut kerja keras pasukan dan perlawanan bertemu Pualau Pinang akan membantu kami menyiapkan pasukan untuk musim baru.”