Liga Super Malaysia Berita

Bos Gaurus bakal lepaskan tiga pemain ini daripada perancangan musim 2018

Musim 2018.

Walaupun jendela Liga-M baru sahaja tamat pada minggu lepas namun kebanyakan pasukan sudah memulakan perancangan untuk musim 2018, termasuk Perak FA.

Dan menurut khabar angin daripada beberapa sumber, Perak dikatakan akan melepaskan tiga pemain utama mereka – Shahrom Kalam, Hadi Yahya dan juga Zaquan Adha.

Keputusan untuk melepaskan Hadi tidak begitu memeranjatkan, namun Shahrom dan Zaquan merupakan dua muka yang sering diterapkan dalam kesebelasan utama skuad Mehmet Durakovic pada musim ini.

Shahrom, walaupun tidak begitu konsisten musim ini, boleh dilabel sebagai antara pemain pertahanan terbaik di Malaysia. Dia turut selalu tersenarai dalam skuad kebangsaan, sepanjang dua tahun lepas.

Zaquan juga menghadapi masalah dari segi ‘consistency’ namun tidak boleh dinafikan bahawa dia merupakan antara pemain yang paling bahaya dalam skuad The Bos Gaurus pada tahun ini.

Apa pendapat anda tentang khabar angin ini? Anda rasa keputusan Perak untuk melepaskan tiga pemain ini amat wajar?