Other Editions

Kedah perlukan jurulatih yang lebih bagus daripada Cheng Hoe, kata Nidzam Adzha

Ketua jurulatih ‘interim’ pasukan Kedah telah menyeru majikannya untuk membawa masuk calon yang lebih berwibawa untuk mengambil alih posisi beliau bagi musim 2018.

Nidzam Adzha Yusoff memberi komen ini selepas menyaksikan pasukannya tewas di tangan Johor DT dalam final Piala Malaysia pada hujung minggu lepas. Walaupun berjaya membantu Kedah meraih satu piala selepas mengambil alih daripada Tan Cheng Hoe, Nizam tetap berpendapat bahawa KFA wajar memulakan pencarian untuk ketua jurulatih yang lebih bagus.

“Saya berharap KFA dapat melakukan keputusan yang baik kerana sebagai pasukan elit di Liga M, Kedah sepatutnya memiliki ketua jurulatih yang lebih berwibawa daripada Cheng Hoe. Meskipun tanggungjawab ini dipikul secara rela paksa, saya sangat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh semua pihak,” ujar Cheng Hoe kepada Kosmo!

“Meskipun secara awal­nya pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang sasaran kepada saya, namun saya gembira dapat memiliki sekumpulan pemain yang berkualiti untuk membantu pasukan me­raih satu trofi dan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Nidzam turut mendedahkan bahawa beliau telah menerima tawaran kontrak baru untuk musim 2018. Namun, tawaran tersebut adalah untuk posisi penolong ketua jurulatih.

“Kontrak yang ditawarkan hanya sebagai penolong jurulatih dan saya rasa itu adalah tugas saya pada musim depan. Secara jujur, saya masih dalam proses pembelajaran dan tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah adalah sangat besar,” tambah Nidzam.

Related Posts