Piala Malaysia

Saksikan video kedua-dua gol pasukan JDT dalam final Piala Malaysia

Johor Darul Ta’azim telah secara rasmi memenangi Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Kedah 2-0 in pentas final malam tadi. Pasukan Southern Tigers itu hanya memerlukan dua gol daripada Aidil Zafuan dan Gonzalo Cabrera untuk memenangi piala ini buat kali pertama sejak revolusi TMJ bermula pada tahun 2013.

Gol pertama hadir pada minit ke-2 perlawanan, apabila Aidil Zafuan berjaya membuat tandukan yang cukup bagus dan meletakkan pasukannya di hadapan. Saksikan video gol tersebut di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=LwpWyl3f1xA

Manakala gol kedua pula hadir pada minit ke-63. Cabrera membuat larian yang cukup ‘clinical’ dan berjaya menjaringkan gol selepas hantaran yang cukup bagus daripada Hazwan Bakri. Saksikan video gol tersebut di bawah!