Malaysia Berita

Rasmi: Lokasi untuk perlawanan Malaysia menentang Korea Utara telah ditetapkan

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah secara rasmi menetapkan lokasi untuk perlawanan kelayakan Piala Asia di antara Malaysia dan Korea Utara pada bulan depan.

Dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Thailand pada 10 and 13 November, selepas Persatuan Bolasepak Thailand bersetuju untuk menyediakan kemudahan dan menjadi hos kepada Malaysia dan Korea Utara.

“Kami ingin berterima kasih kepada sokongan berterusan yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Thailand (Thailand FA) setelah mereka bersetuju untuk menjadi hos buat dua perlawanan ini,” kata Setiausaha Agung AFC, Dato Windsor Paul John

“Thailand FA telah berjaya membantu AFC memastikan bahawa integriti dan semangat kesukanan untuk pusingan kelayakan Piala Asia terus dikekalkan,” tambah beliau.

Korea Utara akan menjadi pasukan tuan rumah untuk perlawanan pertama pada 10 November, manakala Malaysia akan menjadi pasukan tuan rumah bagi perlawanan kedua pada 13 November.

Venue dan waktu rasmi ‘kick-off’ akan diumumkan oleh AFC secepat mungkin.