Luar Negara Asia

Live Streaming K League Classic: Suwon Bluewings vs Ulsan Hyundai

Oleh Eugene Choi

K-League sudah bersedia untuk menjadi lebih menarik!

Kepada anda yang tidak begitu biasa dengan Liga Korea Selatan ini, mereka mengamalkan sistem pecahan di mana kesemua 12 pasukan akan dipecahkan ke dalam dua kumpulan selepas 33 perlawanan. Enam pasukan teratas akan berada di dalam kumpulan pertama, manakala enam pasukan dibawah carta liga akan berada di dalam kumpulan kedua.

Hari ini, Ulsan Hyundai akan turun padang menentang Suwon Bluewings dalam perlawanan pertama bagi pusingan pecahan, di mana mereka bukan sahaja bertanding untuk meraih kejuaraan liga, malah untuk slot ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Secara realistik, pasukan Suwon tidak cukup hebat untuk memenangi liga tapi mereka sudah tentu boleh memberi cabaran yang sengit untuk mendapatkan ticket ACL 2018. Prestasi semasa mereka tidak begitu memberangsangkan – Suwon tewas dalam lima perlawanan terakhir mereka. Namun, ada satu berita baik untuk pasukan kendalian Seo Jung-won. Penyerang handalan mereka, Johnathan Aparecido telah pulih dari kecederaannya dan dijangka akan beraksi di dalam perlawanan ini.

Bagi Ulsan Hyundai pula, mereka hanya berjaya seri 1-1 bersama Gwangju FC di perlawanan terakhir mereka. Keputusan tersebut sedikit sebanyak memberi peluang kepada Jeonbuk Motors untuk mengukuhkan posisi mereka di persada K League. Walau bagaimanapun, rekod mereka ketika menentang Suwon agak positif. Musim ini, Ulsan Hyundai sudah berjaya menewaskan Suwon dua kali dan seri satu kali.

Perlawanan ini sudah pasti akan menjanjikan aksi yang cukup sengit. Jom saksikan Live Streaming K League Classic: Suwon Bluewings vs Ulsan Hyundai! (Untuk pengguna Celcom sahaja buat masa ini)