Berita Luar Negara

Live Streaming Thai Premier League: Chiangrai United vs Chonburi

Pasukan Chiangrai United akan turun padang sebagai tuan rumah untuk menentang Chonburi FC dalam perlawanan yang sudah pasti bakal memberi aksi yang menarik.

Pasukan kendalian Alexandre Gama itu berada dalam situasi yang amat bagus. Mereka berjaya memenangi 4 perlawanan terakhir mereka dan juga mara ke suku akhir Piala Liga Toyota. Malah, mereka juga mempunyai pemain yang mampu meledak gawang gol Chonburi, seperti Thitipan Puangchan, Felipe Azevedo dan Jandson dos Santos. Hanya satu sahaja berita buruk untuk mereka minggu ini. Rafael Coelho, yang mengalami kecederaan dalam perlawanan terakhir mereka, tidak akan beraksi malam ini.

Bagi pasukan Chonburi pula, mereka tidak bermain sepanjang minggu lepas selepas disingkir daripada Piala Liga Toyota pada awal musim. Tetapi, prestasi semasa mereka juga tidak begitu memberangsangkan. Pasukan kendalian Therdsak Chaiman itu baru sahaja disingkirkan daripada Piala FA selepas tewas 5-4 di peringkat penalti menentang Buriram United. Berita bagus bagi penyokong mereka adalah pemain penting seperti Nurul Sriyankem, Ryotaro Nakano dan Renan Marques bakal turun padang untuk Chonburi malam ini.

Walaupun Chiang Rai akan memasuki perlawanan ini sebagai pasukan pilihan, Chonburi jelas mempunyai record ‘head to head’ yang lebih bagus. Daripada 12 pertemuan terakhir mereka, Chonburi berjaya memenangi lapan kali, seri tiga kali dan hanya tewas sekali. Kali terakhir Chiang Rai berjaya mengalahkan Chonburi adalah pada tahun 2011.

Persoalannya adalah, mampukah Chiang Rai cipta kejutan sebagai pasukan tuan rumah malam ini? Jom saksikan Live Streaming Chiangrai United vs Chonburi FC! (Hanya untuk pengguna Celcom buat masa ini)