Luar Negara Berita

Crystal Palace jaringkan gol buat kali pertama untuk musim 2017/2018

Ini bukan berita palsu!

Crystal Palace telah berjaya jaringkan gol pertama dan kedua mereka di dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim 2017/2018! Malah, gol pertama mereka turut hadir menentang Chelsea, pasukan yang memang jelas lebih berkualiti daripada Palace.

Cesar Azpilicueta menjaringkan gol sendiri pada minit ke-11 dan sekaligus mencetus mod kegilaan di kalangan para penyokong di Selhurst Park, seperti yang ditunjukkan dalam video ini

Chelsea berjaya menyamakan kedudukan hanya tujuh minit selepas itu, melalui tandukan Timoue Bakayoko, sebelum Wilfried Zaha menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke 45!

https://twitter.com/taraskorytko1/status/919212890741268480

Kedua gol ini sudah tentu dapat menerapkan keyakinan ke dalam skuad Palace, selepas tidak berjaya meledak dalam tujuh perlawanan pertama mereka. Permulaan buruk dialami oleh Palace memaksa pihak pengurusan memecat Frank de Boer selepas empat perlawanan, dan bekas pengurus England, Roy Hodgson dibawa masuk untuk menggantikannya.

Tahniah Crystal Palace atas gol pertama anda!