Berita Luar Negara

Live Streaming Chinese Super League: Guangzhou Evergrande vs Yanbian Funde

Pasukan gergasi China, Guangzhou Evergrande akan turun padang menentang Yanbian Funde is laman sendiri malam ini. Perlawanan ini ibarat ‘David vs Goliath’, di mana pasukan Evergrande sudah tentu akan menjadi pilihan ramai untuk meraih 3 mata di Stadium Tianhe.

Musim CSL hanya mempunyai baki empat perlawanan lagi dan Evergrande sedang menduduki tempat pertama ketika ini – empat mata di hadapan Shanghai SIPG. Namun, rekod mereka sejak kebelakangan ini agak buruk. Mereka hanya berjaya memenangi satu daripada enam perlawanan terakhir.

Malah, Evergande juga tewas 1-4 di tangan Shanghai SIPG dalam Piala FA, pada hujung bulan September. Sudah tentu keputusan tersebut sedikit sebanyak memberi impak yang negatif terhadap keyakinan skuad mereka.

Bagi Yanbian Funde pula, mereka masih sedang bergelut di hujung carta liga. Ketika ini, Funde berada di posisi ke-15, tiga mata belakang Tianjin Teda dan zon selamat. Walaupun rekod keseluruhan mereka tidak begitu positif, kemenangan 1-0 ke atas Liaoning Kaixin sudah pasti menjadi tonik untuk mereka terus menabur harapan agar tidak disingkirkan pada penghujung musim.

Walaupun perlawanan ini nampak mudah untuk Evergande, prestasi semasa mereka bermaksud bahawa Funde mempunyai peluang untuk mencipta kejutan dan sekaligus mengukuhkan harapan mereka untuk kekal di Liga Super China untuk musim depan.

Saksikan Live Streaming Guangzhou Evergrande vs Yanbian Funde! (Hanya untuk pengguna Celcom buat masa ini).