Saksikan reaksi penuh emosi penyokong ini selepas Mesir layak ke Piala Dunia 2018

Kadang kala, kita lupa yang bola sepak ini bukan sekar aktiviti sukan. Hakikatnya, bola sepak lebih besar daripada itu.

Malam semalam, Mesir berjaya melayakkan diri ke pentas Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Congo 2-1 di Stadium Borg El Arab. Bintang Liverpool FC, Mohammed Salah berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut, termasuk gol sepakan penalti yang cukup dramatik pada minit ke 95.

Sejurus selepas perlawanan tersebut, seorang penyokong Mesir memuat naik video reaksi bapanya apabila Mohammed Salah menjaringkan gol kemenangan untuk membawa Mesir ke pentas Piala Dunia.