Berita Luar Negara

Live Streaming Liga 1 Indonesia: Madura United vs Sriwijaya FC (7.30 PM KO)

Pasukan Sriwijaya akan menghadapi tugas yang amat sukar malam ini apabila mereka berkunjung ke Stadium Gelora Bangkalan untuk menentang Madura United.

Jika anda lihat prestasi semasa Sriwijaya, sudah pasti anda akan memilih Madura United sebagai pasukan pilihan anda untuk malam ini. Pasukan yang berpangkalan di Palembang itu hanya berjaya meraih satu kemenangan dari lima perlawanan terakhir mereka.

Sementara itu, pasukan Madura United pula berada dalam keadaan yang amat baik. Mereka hanya tewas dua kali dari lima perlawanan terakhir mereka. Lebih-lebih lagi, mereka berjaya meraih meraih kemenangan dari dua perlawanan terakhir mereka – 2-0 menentang Arema United dan 3-2 menentang PS TNI.

Dan Gomes de Olivera tidak mempunyai sebarang sebab untuk tidak menurunkan skuad terbaiknya malam ini. Guntur Ariyadi, yang dikenakan kad merah dalam perlawanan terakhir Madura United, bakal digantikan dengan Rizky Dwi Fabrianto, manakala Dane Milanovic akan terus mengungguli jentera tengah mereka, setelah pulih dari kecederaan.

Sriwijaya pula masih belum dapat menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu bahagian pertahanan mereka. Bio Paulin di bawa masuk di awal musim untuk digandingkan dengan Yanto Basna, tapi kedua-dua pemain tersebut masih digangggu dengan masalah kecederaan. Bobby Satria dan Dominggus Fakdawer dibawa masuk untuk menggantikan mereka di bahagian pertahanan, tapi kedua-dua pemain masih belum dapat menemui keserasian di antara satu sama lain.

Di atas kertas, perlawanan ini nampak amat mudah bagi skuad Madura United. Mereka bermain sebagai pasukan tuan rumah, mempunyai rekod yang baik dan akan bertemu dengan Sriwijaya FC, yang sering dilabel sebagai pasukan belasahan sejak kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, Sriwijaya masih mampu mencipta kejutan, jika pemain Tunisia mereka, Tijani Belaid mampus menjadi pemain terbaik di atas padang, malam nanti.