Malaysia Berita

Kontrak Ong Kim Swee bakal dilanjutkan?

Datuk Ong Kim Swee bakal meneruskan perkhidmatan beliau bersama skuad Bawak 23 (B-23) Malaysia untuk setahun atau dua tahun lagi. 
 
Menurut kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Ong Kim Swee telah pun bersetuju untuk melanjutkan kontrak beliau, tetapi kata putus terakhir hanya akan dicapai selepas perbincangan terperinci yang akan diadakan dalam tempoh terdekat. 
 
“Bagaimanapun, kita akan mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat. Saya rasa perkara ini sudah jelas, Ong mahu berminat menyambung perkhidmatan dan kami tiada masalah untuk meneruskannya,” jelas TMJ, menurut Arena Metro. 
 
Di bawah kendalian Ong, skuad B-23 Malaysia sudah mencapai dua jenis kejayaan. Pertama, skuad tersebut berjaya menunjukkan aksi yang memberasangkan di kejohanan kelayakan Piala Asia B-23 tahun, dan sekaligus melayakkan diri untuk kejohanan tersebut. Tidak berapa lama selepas itu, pasukan Ong berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir Sukan SEA, di mana mereka ditundukkan 0-1 oleh Thailand. 
 
Berita ini juga bermaksud Ong Kim Swee akan bertindak sebagai ketua jurulatih di kejohanan Piala Asia B-23 tahun pada Januari akan datang.