Liga Super Malaysia

Thanabalan tolak tawaran daripada Kelab Thailand ?

Penyerang skuad Malaysia U22, N. Thanabalan dikhabarkan telah menolak tawaran beberapa kelab liga utama Thailand dan mengambil keputusan untuk kekal dengan kelab FELCRA FC.

Minggu lalu, akhbar tempatan melaporkan 6 pemain muda Malaysia jadi sasaran kelab liga utama Thailand selepas menampilkan aksi cemerlang dalam saingan bola sepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bulan lepas.

6 pemain itu ialah Adam Nor Azlin (Selangor), Adib Zainudin (Felcra FC), Syamer Kutty Abba (Penang), Nor Azam Azih (Pahang) and Jafri Firdaus Chew (Penang) serta Thanabalan sendiri.

Walaubagaimanapun, Thanabalan dikatakan mahu kekal dan membawa kelab FELCRA FC layak ke saingan Liga Perdana tahun depan berdasarkan kenyataan di laman twitternya.