Malaysia

Kenyataan Rasmi Kongres Tahunan KAFA Pemilihan Jawatan Kuasa Eksekutif 2017/21.

Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) akan mengadakan Kongres Tahunan kali ke-43 pada 17hb. September 2017 ini di Kota Bharu.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Eksekutif Kafa yang bersidang bulan lepas membuat ketetapan bahawa Kongres kali ini akan mengadakan pemilihan Jawatan Kuasa Eksekutif bagi penggal 2017/21.

Seramai 5 orang telah dicalon oleh PBj untuk jawatan Presiden oleh ahli ahli gabungan yang terdiri daripada:
1. Tan Sri Annuar Musa.
2. Dato Mohamad Nasir Hamzah.
3. Datuk Hj.Rosmadi Ismail.
4. Dato Ir. Shaari Hassan.
5. Bibi Ramjani Ilias Khan.

Bagi jawatan Timbalan Presiden 4 orang telah dicalonkan oleh PBj yang terdiri daripada:
1. Dato Sri Afandi Hamzah.
2. Datuk Rosmadi Ismail.
3. Dato Mohamad Nasir Hamzah.
4. Dato Ir Shaari Hassan.

13 calon telah diketengahkan oleh PBj untuk jawatan Naib Presiden yang menyaksikan kemunculan bekas pemain bolasepak, tokoh-tokoh koporat, pentadbir, ahli politik dan sebagainya. Manakala ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Exco) KAFA seramai 30 org telah dicalonkan oleh keseluruhan PBJ.

Kedudukan mereka ini akan ditentukan oleh seramai 52 orang perwakilan yg terdiri daripada ahli-ahli gabungan KAFA.
*10 persatuan bolasepak jajahan (50 wakil)
*Bolasepak Melayu (1 wakil)
*Persatuan Bolasepak Cina Kelantan (1 wakil)

Calon-calon yang sudah dicalonkan oleh PBJ perlu hadir dan mengesahkan pencalonan pada atau sebelum 14 September jam 5 petang.
Kegagalan berbuat demikian pihak Sekretiat Agong menganggap pencalonan itu ditolak.
Bagi calon-calon yg telah membuat pengesahan penerimaan, mereka ini boleh juga menarik diri sebelum tarikh di atas.

Dato Hj. Ismail Md.Noor
Setiausaha Agung Kafa.