Malaysia Sukan SEA

Sukan SEA 2017: Kesebelasan Utama Malaysia Bertemu Myanmar

Berikut adalah kesebelasan utama Malaysia bertemu Myanmar dalam perlawanan kumpulan A Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Ini merupakan perlawanan ketiga Malaysia, baki perlawanan bertemu Laos, manakala bagi Myanmar pula ini adalah perlawanan terakhir mereka pada peringkat kumpulan selepas mengesahkan tempat di saingan separuh akhir.

Perlawanan malam ini juga diramal sebagai penentuan kepada juara kumpulan A untuk ke separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.