Berita

Malaysia Hanya Perlu Seri Untuk Layak Ke Separuh Akhir Sukan SEA 2017

Skuad bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dibawah kendalian Dato’ Ong Kim Swee hanya memerlukan keputusan seri bertemu Myanmar malam ini untuk melayakkan diri ke saingan separuh akhir.

Dengan Singapura hanya memiliki 3 mata dari 3 perlawanan, Malaysia memerlukan 1 mata untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan 7 mata, berbaki 1 perlawanan bertemu Laos.

Namun kemenangan adalah diperlukan untuk anak buah Dato’ Ong Kim Swee merebut tempat sebagai juara kumpulan A, untuk bertemu naib juara kumpulan B di separuh akhir. Dalam kumpulan B, Vietnam unggul ditempat pertama kumpulan, manakala Thailand dan Indonesia pula terikat pada kedudukan yang sama serta Filipina juga yang masih menyimpan harapan untuk layak ke saingan separuh akhir.

Kedudukan Semasa Kumpulan A

Dengan kekalahan terbaru 3-0 kepada Laos sebentar tadi, Brunei sah terkeluar dari saingan merebut tempat ke separuh akhir dalam kumpulan A.

 

Kedudukan Semasa Kumpulan B

Dalam kumpulan B, peluang masih terbuka luas untuk layak ke saingan separuh akhir terutama 3 pasukan teratas, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Timor-Leste dan Kemboja sudah pun terkeluar daripada saingan apabila tewas dalam 3 perlawanan.