Liga Super Malaysia

AFC MA Ranking Ogos 2017, Malaysia Masih Mengatasi Hong Kong

AFC baru sahaja mengemaskini AFC MA Ranking terbaru untuk bulan Ogos 2017.

Berdasarkan pungutan mata semasa, Malaysia masih lagi mendahului Hong Kong untuk berada pada kedudukan ke 6. Malaysia mencatatkan 29.781 mata manakala Hong Kong pula mengutip 19.175 mata, perbezaan sebanyak 0.606 mata.

Malaysia mampu untuk mengekalkan kedudukan ini sekiranya pasukan kebangsaan mampu untuk meraih kemenangan dalam perlawanan persahabatan akan datang dan juga wajib menang keatas Hong Kong dalam 3 pertemuan dalam kelayakan akhir Piala Asia 2019 nanti.

Persaingan untuk kedudukan ke 6 AFC MA ranking Asia Timur hanya melibatkan 2 pasukan ini sahaja kerana Vietnam sudah tidak mampu untuk menyertai persaingan bagi merebut tempat ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 dan 2020.