Thailand Panik: Pengarah Teknikal FAT Hadir Di Padang Latihan Thailand

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Thailand, Witthaya Laohakul dilihat berada di padang latihan skuad bola sepak sukan SEA Thailand semalam, memberikan tips kepada ketua jurulatih Worrawoot Srimaka.

Menurut koresponden kami di Padang Inspen Bangi, Witthaya Laohakul memberikan beberapa tips serta rencana taktikal kepada Worrawoot Srimaka menjelang pertemuan dengan Timor-Leste hari ini.

Selain itu, Witthaya Laohakul yang juga terkenal dengan perancangan taktikal itu, akan menjadi mata mata kepada Worrawoot Srimaka dalam perlawanan lain dalam kumpulan.

Walaubagaimanapun, kehadiran Witthaya Laohakul bukan semata-mata untuk membantu Worrawoot dalam kempen sukan SEA, tetapi ini merupakan lawatan yang telah dirancang sebelum sukan SEA bermula.

Namun ramai yang menganggap pasukan Thailand seperti terdesak untuk mempertahankan kejuaraan mereka dalam sukan SEA di Kuala Lumpur 2017.