Sukan SEA Malaysia

Singapore ada resipi rahsia untuk menewaskan Malaysia malam ini

Ketika pasukan bola sepak Under-22 Singapura menjalani latihan pemulihan ringan di Stadium Inspens Bangi di Kuala Lumpur semalam, ketua jurulatih Richard Tardy berdiri di tengah padang sambil memerhati pemainnya di sekeliling. Suasana dalam kem skuad Young Lions sangat ceria, tetapi jurulatih dari Perancis itu tetap mengambil serius untuk pertemuan kedua acara bola sepak Sukan SEA menentang Malaysia malam ini.

Selepas kekalahan 2-0 pasukannya kepada Myanmar pada hari Isnin, Tardy tahu mereka perlu menghadapi ujian sukar berdepan Malaysia untuk tempah tiket ke separuh akhir.

“Sudah tentu, jika kita kalah kepada Malaysia, 90 peratus pasti kita tidak boleh layak ke separuh akhir,” kata Tardy.

“Sudah tentu, ia juga bergantung kepada keputusan perlawanan Myanmar menentang Laos, dan kami akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan kami pada hari Khamis. Saya berkata sebelum perlawanan Myanmar bahawa ia akan menjadi sangat baik jika kita boleh mendapatkan kemenangan terhadap mereka. Tetapi tidak dinafikan Malaysia adalah pasukan pilihan, dan kami adalah orang luar. ” ujarnya.

Bagaimanapun, Tardy berkata beliau berasa gembira dengan aksi babak kedua pasukannya ketika menentang Myanmar dalam perlawanan pertama. Sesungguhnya, Young Lions mendapat beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol, tetapi tidak mampu disudahkan oleh penyerang mereka. Tardy percaya jika pemainnya dapat mengulangi semula prestasi babak kedua mereka menentang Myanmar malam ini, keputusannya akan berubah.

“Matlamatnya adalah untuk melakukan semula seperti yang kita lakukan pada babak kedua ketika menentang Myanmar. Saya memberitahu para pemain bahawa mereka mesti mengembalikan keyakinan terhadap semangat dan prestasi yang mereka tunjukka. kami kerap membuat asakan memburu gol ke atas Myanmar lebih banyak, tetapi dalam bola sepak, anda perlu menjaringkan gol jika anda ingin menang”

“Oleh itu, kita perlu memberi tumpuan untuk mengulangi prestasi yang sama menentang Malaysia dan berharap agar ketidak konsistenan tidak membebankan kita semula. Ramai yang mengharapkan Malaysia mengalahkan Brunei dengan kemenangan besar dalam perlawanan pembukaan mereka pada hari Isnin, tetapi tuan rumah mampu mencatat kemenangan 2-1.”

Walaupun demikian, Tardy memberi amaran terhadap pemainnya agar tidak terlalu memandang mudah pada cabaran pasukan Malaysia.

“Ia tidak mudah untuk memulakan kejohanan, terutama apabila anda berada dalam tekanan besar dari orang ramai. Mungkin Malaysia juga tidak bermain seperti biasa kerana mereka terlalu yakin dengan kemenangan, “jelas bekas jurulatih pasukan U-17 Rwanda yang memimpin negara itu ke Piala Dunia FIFA U-17 2011.

“Tetapi kami tahu pertandingan antara Singapura dan Malaysia sentiasa istimewa, dan kami menjangkakan mereka akan bermain sehabis baik,  jadi ia pasti sukar bagi kami.”

Tardy juga mendedahkan bahawa dia mungkin membuat sedikit perubahan pada barisan pemainnya untuk mengelakkan keletihan pemain.

“Mungkin beberapa pemain yang tidak memulakan perlawanan ketika menentang Myanmar akan diturunkan menentang Malaysia,” katanya.

“Kami memerlukan pemain yang segar kerana sukar untuk pemain bermain setiap dua hari.”

Antara pemain yang akan memulakan perlawanan itu ialah pemain tengah, Hanafi Akbar, yang merupakan pengganti yang tidak bermain ketika menentang Myanmar, manakala bintang muda Singapore, Adam Swandi juga mungkin memainkan peranan dalam perlawanan itu selepas pulih dari kecederaan buku lali.

Hanafi mengumumkan bahawa pasukan itu bersatu dalam matlamat mereka untuk mendapatkan kemenangan ke atas Malaysia.

“Kami bersama sebagai satu pasukan, sama ada saya bermain atau tidak terserah kepada jurulatih, tetapi pasukan kami telah melakukannya dengan baik setakat ini,” kata Hanafi.

“Kami menunjukkan semangat juang dan apa yang kami mampu menentang Myanmar, dan kami pasti akan bertempur dengan keras ketika kami bermain di Malaysia.”