Malaysia Asian Cup

Azrif cedera, Nelo panggil muka baru dari Perak

Seramai 23 orang pemain telah melapor diri dalam kem skuad kebangsaan termasuk pemain pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan, 24, yang dipanggil bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham yang cedera. Sementara seorang lagi pemain JDT, Fadhli Shas akan melapor diri sebelum perlawanan bertemu Myanmar kerana disahkan doktor masih belum pulih sepenuhnya ketika ini.

Skuad Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada memulakan kem latihan pusat di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebagai persiapan menghadapi tiga perlawanan antarabangsa “A” bertemu Syria (22 Ogos), Macau (26 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos) sebelum perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong pada 5 September depan.