Mourinho mahu julang satu trofi malam ini

Kelab gergasi England, Manchester United berpeluang meraih satu trofi yang pertama apabila menentang pasukan gergasi dari Sepanyol, Real Madrid pada aksi Piala Super UEFA awal pagi esok di Philip ll Arena, Skopje, Macedonia.

Jose Mourinho, pasukannya menjuarai Liga Europa musim lalu untuk menyelamatkan kempen pertama yang mengecewakan buat jurulatih Portugal itu, yang pernah mengemudi Real Madrid menjulang gelaran La Liga dengan mengumpul 100 mata dan menjuarai Piala Raja Sepanyol ketika bersama kelab itu dari tahun 2010 hingga 2013.

Bercakap pada sidang akhbar sebelum perlawanan di Skopje, bos Manchester itu merasakan kedatangan Nemanja Matic mungkin tidak bersedia secara fizikal untuk perlawanan kompetitif pertama musim ini, walaupun terdapat aksi yang mengagumkan selama 45 minit ketika menang  keatas Sampdoria di Dublin.

Phil Jones dan Eric Bailly keluar kerana penggantungan, manakala pemain lain, Tim Fosu-Mensah, tidak terlibat kerana dia perlu menyelesaikan isu perpindahan pinjaman dari Old Trafford.

“Dengan Phil Jones, saya menjangkakan rayuan [terhadap larangan itu] menjadi negatif,” kata Mourinho. “Tidak ada Phil Jones, tidak ada Eric Bailly dan tidak ada Tim Fosu-Mensah kerana, pada masa ini, Tim mungkin akan dipinjamkan ke kelab lain, jadi kami perlu membuat keputusan untuk tidak pergi bersamanya.”

“Kecederaan adalah jangka panjang yang anda semua ketahui telah melanda Luke Shaw, Ashley Young dan Marcos Rojo. Selain itu, semua pemain boleh diturunkan bermain, dengan jelas, Matic boleh diturunkan tetapi masih belum bersedia seperti pemain yang lain.”

Sesi latihan pasukan Manchester United di Stadium sehari sebelum perlawanan. Foto: Manchester United Official Facebook

Real Madrid selaku juara bertahan Liga Juara-Juara kemungkinan tidak akan menurunkan bintang utama yang juga bekas penyerang United Cristiano Ronaldo di Skopje memandangkan pemain Portugal itu dibenarkan melapor diri lewat untuk latihan pramusim selepas beraksi dalam Piala Konfederasi.

Skuad Zinedine Zidane menewaskan Sevilla 3-2 selepas masa tambahan untuk menjuarai pertandingan itu tahun lalu dan jurulatih kelahiran Perancis itu menyasarkan gelaran Eropah keempat dalam tempoh kurang dua tahun mengendalikan Real, yang mungkin menyamai pencapaian Mourinho di benua Eropah.

Sementara itu United kehilangan khidmat pertahanan tengah Eric Bailly dan Phil Jones berikutan penggantungan, membuka ruang kepada pemain baru Victor Lindelof berada dalam kesebelasan utama.

Pemain Sweden itu salah seorang daripada tiga pemain yang dibeli United selain penyerang Belgium, Romelu Lukaku dan pemain tengah Nemanja Matic pada harga keseluruhan £146 juta (RM816 juta) ketika kelab Old Trafford bertekad memperbaiki keputusan di tangga keenam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Real membawa masuk pemain muda berbakat seperti Theo Hernandez dan Dani Ceballos ke dalam pasukan yang dipenuhi pemain hebat yang menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu dan menjual penyerang Alvaro Morata serta James Rodriguez.

Bagaimanapun impian mereka untuk mendapatkan pemain remaja sensasi Perancis Kylian Mbappe masih belum menjadi kenyataan. United menewaskan Real menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan di California bulan lalu dan menang lima perlawanan pramusim, kalah sekali kepada Barcelona.