Liga Super Malaysia

Video: Pemain muda Kedah, Akhyar Rashid jadi tumpuan

Pemain muda Kedah yang berusia 18 tahun, Akhyar Rashid berjaya mencuri perhatian peminat bolasepak tempatan. Adik kepada bekas pemain Kedah, Rafdi Rashid terkejut kerana tidak terfikir beliau akan diberi ruang untuk bersaing dengan pemain-pemain lebih senior di pentas liga super. Akhyar sempat mewakili skuad Malaysia U22 dan membantu Malaysia tempah tiket ke Piala Asia U22 di China. Kemahiran beliau mengawal bola dan mengelecek beberapa pemain pertahanan lawan ketika saingan kelayakan Piala Asia U22 minggu lepas turut menarik perhatian media dari Thailand dan Indonesia.