Liga Super Malaysia

Skuad Piala Presiden Terengganu dan Kuala Lumpur didenda RM5000

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sindhu hari ini mengumumkan hukuman tatatertib kepada 2 pasukan Piala Presiden dengan menggunapakai Artikel 81 Kod Tatatertib FAM.

Pasukan piala presiden Terengganu dan Kuala Lumpur didapati melanggar Artikel 71 & Artikel 57 Kod Tatatertib FAM mengenai Obligasi Pasukan/Kelab & Ketidaklayakkan kerana menurunkan pemain yang digantung.

Pada perlawanan Piala Presiden 2017 di antara Terengganu menentang Pulau Pinang pada 24 Julai 2017 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu didapati menurunkan Mohd Ridzuan Bin Mohd Razali yang tidak layak bermain untuk perlawanan berkenaan yang berkesudahan Terengganu menang 2-1.

Manakala pasukan Kuala Lumpur telah menurunkan Faiz Hanif bin Adnan pada perlawanan Piala Presiden 2017 diantara Selangor menentang Kuala Lumpur pada 24 Julai 2017 di Stadium Mini MP Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi.

Kedua-dua pasukan ini didenda RM5,000 dan dilucutkan hak bagi perlawanan berkenaan serta dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan 0-3. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

sumber: FAM