Luar Negara

Bintang Brazil, Neymar semakin hampir menyertai PSG

Penyerang Barcelona, Neymar akan terbang ke Qatar pada hari Selasa ini untuk membincangkan rekod perpindahan termahal dunia bernilai € 222 juta dengan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain, menurut laporan media.

Pemain Brazil yang berusia 25 tahun itu akan menjadi pemain bola sepak paling mahal sepanjang masa jika kelab Ligue 1 PSG menandatanganinya dengan bayaran lebih daripada dua kali ganda berbanding kelab Manchester United membayar Juventus untuk Paul Pogba pada musim panas yang lalu.

Pada hari Isnin, akhbar Qatari El Watan dan pelbagai penerbitan Eropah mendakwa Neymar akan melawat Doha untuk bertemu dengan pengerusi PSG, Nasser Al-Khelaifi yang akan menjadi pertemuan yang bersejarah.

Persinggahan dalam penerbangan pulang dari perjalanan ke China juga termasuk ujian perubatan, menurut laporan daripada media. 

Gambar dari instagram rasmi Neymar.

Neymar masih mempunyai kontrak dengan Barcelona sehingga tahun 2021 yang mengandungi klausa pelepasan bernilai 222m euro, dimana PSG yang bercita-cita tinggi,  kelihatan bersedia untuk menebus baki kontrak Neymar dengan Barcelona.

Thiago Silva dan Dani Alves, kedua-dua rakan sepasukan Neymar dalam skuad Brazil, telah bercakap tentang potensi perpindahan mereka ke Paris, dengan mereka yang mendesak kawannya untuk “berani berhijrah”. Pemain yang ditandatangani oleh Barca dari Santos pada tahun 2013 turut terlibat dalam kemenangan Barcelona 3-2 atas Real Madrid dalam saingan “El-Clasico”  di Miami pada malam Sabtu.