Liga Super Malaysia

Highlight Perlawanan JDT 2-1 Perak, Gol Ghaddar Offside Atau Tidak?

Kontroversi gol kedua JDT yang dijaringkan oleh Ghaddar, banyak diperkatakan oleh para penyokong bola sepak Malaysia.

Saksikan dahulu video highlight perlawanan diantara JDT bertemu Perak di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos semalam.

Sejurus perlawanan berakhir, sudah ada yang memberikan hujah berkenaan mengapa gol Ghaddar dibenarkan oleh pengadil perlawanan. Ada yang bersetuju dan ada juga sebaliknya.

Deliberate Play Dan Deliberate Save

Memetik surat rasmi FIFA “Amendments to the Laws of the Game – 2013/2014 ” pada Jun 2013,  International Football Association Board (IFAB) dalam mesyuarat tahunan ke 127, telah bersetuju untuk membuat beberapa perubahan dalam peraturan offside.

1. Law 11 – Offside interpretation of the Laws of the Game – adalah perkara utama yang mengalami perubahan. Sila rujuk kepada surat dibawah.

Berdasarkan kemaskini ini, pemain yang mendapat ‘advantage’ apabila berada dalam posisi offside tersebut dikira sebagai offside kerana ‘deliberate save’ dari penjaga gol. Sekiranya pemain yang mendapat ‘advantage’ apabila berada dalam posisi offside tidak kira sebagai offside jika berlaku ‘deliberate play’ .

Jawapan kepada tajuk: Gol Ghaddar adalah offside.