Liga Super Malaysia

JDT Top 100 Digital Komuniti Bola Sepak Paling Ramai Didunia

Memetik sebuah laporan analisis Football Benchmark, dalam analisis terbaru berkaitan penilaian digital komuniti dalam sukan bola sepak, kelab Johor Darul Ta’zim berjaya berada di ranking ke 82 dunia dengan jumlah digital komuniti 2,4440,306.

Jumlah itu adalah gabungan dari beberapa platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube, Periscope, Google+ dan Twitter.

Berada dikedudukan itu, Johor Darul Ta’zim berjaya mengatasi banyak kelab-kelab ternama dunia seperti Werder Bremen (103), Wolfburg (101), FC Basel (83), Swansea City (84) dan banyak lagi.

Laporan ini juga adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap capaian peminat bola sepak terhadap sesebuah kelab didalam era teknologi yang serba pantas dan maju. Dengan ‘presence’ yang tinggi, sesebuah kelab itu mampu untuk mempelbagaikan lagi aktiviti dilaman internet khususnya untuk memajukan kelab terutama dalam bidang pemasaran.

Dirantau Asia Tenggara, Persib Bandung gah mendahului mana mana kelab lain dengan jumlah capaian berjumlah 13,771,475 dan menjadikan mereka megah dikedudukan 20 dunia! Persib juga berada diranking kedua Asia, ketinggalan 2 ranking kepada Al Ahli dikedudukan 18 dengan jumlah capaian 16,862,565.

Tahniah Johor Darul Ta’zim atas kerja keras untuk membangunkan komuniti digital bola sepak di internet sehingga berada ditahap sekarang!