Liga Super Malaysia

Pengiraan Mata Untuk Layak Ke AFC U23 Championship 2018

Malaysia telah berjaya mengutip 3 mata pertama dalam kelayakan AFC U23 Championship 2018 yang berlangsung di Suphachalasai Stadium, Bangkok apabila berjaya membenam cabaran Indonesia semalam.

Secara umumnya, untuk layak ke kejohanan AFC U23 Championship 2018 yang akan berlangsung di China nanti, Malaysia perlu muncul sebagai juara kumpulan.

Tetapi disebabkan Sri Lanka yang diundi dalam kumpulan A telah menarik diri, pengiraan mata untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan telah ditetapkan seperti dibawah.

Syarat-syarat Bagi Menentukan Kedudukan Pasukan Dalam Setiap Kumpulan.

  1. Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke AFC U23 Championship 2018 bersama-sama 5 pasukan yang berada dikedudukan tempat ke 2 terbaik dari semua kumpulan.
  2. Pasukan yang berada di ranking ke 6 naib juara terbaik akan layak sekiranya China muncul sebagai juara kumpulan atau berada dalam kedudukan 5 terbaik naib juara.
  3. Disebabkan Sri Lanka menarik diri dalam kumpulan A, keputusan perlawanan bertemu pasukan tercorot kumpulan yang lain tidak akan diambil kira.

Disebabkan oleh 3 perkara diatas, adalah penting untuk mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan dan bonus jika berjaya menjaringkan gol yang banyak untuk mengelakkan situasi yang memungkinkan pasukan terlepas kedudukan sebagai juara kumpulan.

Photo by Asiana.my