Luar Negara

Thailand Juara Piala Raja Thai, Tewaskan Belarus Melalui Penentuan Sepakan Penalti

Pasukan kebangsaan Thailand, berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Raja Thai apabila menewaskan wakil dari eropah, Belarus melalui penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas 90 minit perlawanan dan mengikut format pertandingan, tiada tambahan masa diberikan dan terus ke penentuan sepakan penalti.

Selepas 5 sepakan penalti, kedudukan terikat 4-4, dimana Yevgeniy Klopotskiy dan Peerapat Notchaiya gagal menjaringkan gol, kedua-duanya pada sepakan kedua.

Pada sepakan penalti ke 6, sepakan Artsyom Skitaw berjaya diselamatkan oleh Kawin Thamsatchanan dan pemain baru Muangthong United FC, Siroch Chattong menggunakan peluang itu untuk menjaringkan gol ke 5 dan mempertahankan kejuaraan Piala Raja Thai ke 45 ini.

VIDEO: Highlights Thailand Bertemu Belarus

VIDEO: Sepakan Penalti Thailand 5-4 Belarus