Luar Negara

‘Wonderkid’ Thailand Jakkit Wachpirom Sertai FC Tokyo

FC Tokyo secara rasmi mengumumkan Jakkit Wachpirom sebagai pemain baru mereka semalam dari Bangkok United secara pinjaman sehingga tamat musim 2017.

Pemain berusia 20 tahun itu menjadi pemain kedua dari Thailand menyertai kelab J League selepas Chanathip Songkrasin menyertai Hokkaido Consadole Sapporo baru-baru ini.

“Saya sangat gembira mendapat peluang untuk bermain diluar negara bersama kelab seperti FC Tokyo.”

“Saya akan bekerja keras dan cuba untuk belajar sebanyak mungkin dari FC Tokyo”

Bekas pemain skuad U19 Thailand yang menjadi juara kejohanan AFF U19 2015 ini juga merupakan anggota skuad U23 Thailand.

Rekod Kelab:
2015.1-2016.6 Bangkok United FC(Thai)
2016.7-2016.12 Chainat F.C(Thai) ※On loan deal
2017.1-2017.6 Bangkok United FC(Thai)

Rekod Pasukan Kebangsaan
2015 U-19 Thai National Team(AFF U-19 Champion)
2016 U-19 Thai National Team(AFC U-19 Tournament Participant)
2017 U-23 Thai National Team

Awal tahun ini, FC Tokyo telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Bangkok United, dan perpindahan Jakkit ini merupakan salah satu dari rancangan kedua-dua kelab itu untuk membantu pembangunan bola sepak terutamanya di Thailand.

Kontrak pinjaman Jakkit ini bermula dari 11 Julai 2017 hingga 12 Disember 2017. Jakkit dijangka akan beraksi bersama FC Tokyo U23 yang kini beraksi dalam saingan J3 League.