Malaysia

3 Perlawanan Persahabatan Dijadualkan Sebelum Bertemu Hong Kong

Dalam sidang media bulanan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berlangsung sebentar tadi, selain menjawab pelbagai isu berkaitan pasukan kebangsaan, Timbalan Presiden FAM,  Dato’ Sri Subahan Kamal mengumumkan 3 perlawanan persahabatan yang akan diadakan sebelum pertemuan dengan Hong Kong dalam kelayakan akhir Piala Asia 2019.

3 perlawanan persahabatan itu dijadualkan dari 22 hingga 29 ogos 2017, dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan seperti dibawah.

1) 22 Ogos 2017, Malaysia bertemu Syria di Melaka.
2) 25 Ogos 2017, Malaysia bertemu Macau di Macau.
3) 29 Ogos 2017, Malaysia bertemu Myanmar di Yangon.

Semua perlawanan ini adalah sebagai medan persediaan untuk pertemuan penting pada 5 September 2017, apabila Malaysia menerima kunjungan Hong Kong dalam kelayakan akhir Piala Asia 2019.