Top 5 Gaji Pemain Tempatan Paling Tinggi Dalam Thai League 1

Menurut sebuah page dari laman sosial Facebook, Thai Futbol, telah membuat senarai 5 pemain tempatan Thailand yang mempunyai gaji paling tinggi dalam Thai League 1.

Berikut adalah senarai 5 pemain tempatan Thailand yang menerima gaji paling tinggi.

5) Chanathip Songkrasin – Hokkaido Consadole Sapporo

gaji pemain liga thailand

Chanathip Songkrasin menerima TBH 500,000 sebulan atau sekitar RM63,000 ketika beliau masih mewakili SCG Muangthong United sebelum menerima tawaran untuk dipinjamkan ke sebuah kelab J1  League, Hokkaido Consadole Sapporo.

 

4) Theerathon Bunmathan – SCG Muangthong United

gaji pemain liga thailand

Bekas pemain Buriram United yang beraksi diposisi pertahanan kiri ini berada di kedudukan ke 4 dengan gaji THB 550,000 sebulan atau RM69,500. Beliau juga merupakan ‘3rd Captain’ kelab yang berpangkalan di Muang Thong ini selepas Kawin Thmsatchanan ‘2nd Captain’ dan Teerasil Dangda ‘1st Captain’.

 

3) Thanaboon Kesarat – Chiangrai United

gaji pemain liga thailand

Bekas pemain SCG Muangthong United ini dibeli oleh Chiangrai United musim ini dengan harga THB 50 juta atau RM6.3 juta, menjadikan beliau sebagai pemain Thailand paling mahal mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Theerathon Bunmathan, THB 35 juta atau RM4.4 juta dari Buriram United ke Muangthong United.

Thananoon menerima gaji bulanan sekitar THB 700,000 atau RM88,500 sebulan dari Chiangrai United dan beliau juga merupakan kapten pasukan kelab yang berpangkalan di utara Thailand ini.

 

2) Teerasil Dangda – SCG Muangthong United

gaji pemain liga thailand

Kapten skuad utama SCG Muangthong United ini menerima gaji sekitar THB 750,000 atau RM95,000 sebulan.

Teerasil pernah bermain secara pinjaman bersama kelab dari Switzerland, Grasshopper II dan juga Almeria dari Sepanyol. Beliau juga merupakan pemain pertama dari Asia Tenggara beraksi dalam saingan La Liga serta pernah menjaringkan gol ketika bertemu Real Betis dalam saingan Copa Del Rey.

 

1) Charyl Chappuis – SCG Muanthong United

gaji pemain liga thailand

Pemain terbaru yang menyertai SCG Muangthong United dari Suphanburi FC pada jendela perpindahan kedua Thai League 1 baru-baru ini.

Pemain yang dilahirkan di Kloten, Switzerland ini merupakan bekas anggota pasukan Switzerland U20 yang menjuarai kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2009.

Sepanjang karier beliau dalam liga bola sepak Thailand, Charyl Chappuis pernah beraksi untuk 3 buah kelab iaitu, Buriram United, Suphanburi FC dan juga SCG Muangthong United.

Charyl Chappuis dilaporkan menerima gaji bulanan sekitar THB 1,000,000 atau RM126,000 sebulan dan beliau juga digelar ‘David Beckham’ liga bola sepak Thailand kerana memiliki faktor ‘marketable’ yang tinggi berbanding pemain-pemain lain.

 

SCG Muangthong United

Ironinya, semua pemain-pemain ini pernah atau sedang beraksi dengan SCG Muangthong United!