Luar Negara

Sven-Goran Eriksson mahu Rooney berhijrah ke Liga Super China

Wayne Rooney ditawarkan kontrak bernilai £75 juta untuk disatukan semula dengan Sven Goran Eriksson di China.

Sebuah kelab Liga Super China mahu penyerang Manchester United itu berada dalam poster mereka dan bersedia memberikan kontrak tiga tahun bernilai 30 juta pound sterling setahun. Destinasi yang mungkin dituju oleh Rooney jika dia memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford ialah kelab Shanghai SIPG, yang diuruskan oleh bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson.

Sven-Goran Eriksson juga menggesa Wayne Rooney untuk mempertimbangkan perpindahan ke China.

Menurut Eriksson, yang telah menghabiskan empat tahun melatih kelab di China, Rooney akan mempunyai “pengalaman positif” jika dia berpindah ke Liga Super China.

“Saya tidak bercakap dengan Rooney sejak sekian lama, jadi saya tidak tahu apa yang bermain difikirannya, tetapi jika dia pergi ke China saya fikir dia akan mempunyai pengalaman yang positif,” kata Eriksson

“Saya banyak mendengar bahawa China bukanlah tempat yang baik untuk hidup bagi orang asing tetapi itu adalah lebih jauh daripada kebenaran sebenar,” kata lelaki Inggeris berusia 69 tahun itu.

Rooney kini masih mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga Jun 2019 namun beliau kehilangan tempat ketika dia memulakan 24 perlawanan musim lepas dalam semua pertandingan.

Penyerang itu telah kehilangan status kaptennya kepada Harry Kane dalam pasukan kebangsaan England.

Kredit Imej: Getty