Luar Negara

Kiatisuk Senamuang Dilantik Jurulatih Baru Kelab Thai League 1, Port FC

Pasukan Thai League 1, Port FC, semalam secara rasmi mengumumkan ketua jurulatih baru mereka, Kiatisuk Senamuang, dan perkara ini telah disahkan oleh presiden kelab,Nuanphan Lamsam melalui lama sosial rasmi Instagram beliau

Menurut presiden Port FC Nuanphan Lamsam, mereka memilih bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand itu

Jurulatih yang berusia 43 tahun itu akan mengambil alih tugas di PAT Stadium berkuatkuasa serta merta, manakala jurulatih sebelum ini, Jaded Meelarp pula akan dilantik sebagai penasihat kelab.

Kiatisuk Senamuang dijangka akan membuat ‘debut’ pertama bersama Port FC pada 25 Jun dalam perlawanan Thai League 1 menentang Bangkok United. Ini merupakan perlawanan liga pertama yang akan dikendalikan beliau dalam 8 tahun selepas meninggalkan Chonburi pada 2009.

Port FC yang baru dinaikkan ke Thai League 1musim ini, berada dikedudukan ke 8 Thai League 1, dan dengan pengambilan Kiatisuk sebagai jurulatih baru, Port FC mahu menamatkan saingan liga 2017 ini dikedudukan lebih baik.