Liga Super Malaysia

Jurulatih JDT, Benjamin Mora diturunkan pangkat

Pasukan Johor DT membuat keputusan mengejut hari ini apabila mengumumkan perpindahan jurulatih mereka, Benjamin Mora ke pasukan ‘feeder club’ iaitu Johor DT2 bagi membantu melahirkan lebih ramai pemain muda untuk pasukan utama.

“kami memerlukan seorang pengurus dan pengurus tersebut mestilah seseorang yang sudah berada dalam sistem kami supaya kami tidak perlu menghabiskan banyak wang. Seseorang yang bekerja untuk kelab dan memahami falsafah kelab. Dan individu tersebut adalah Benjamin Mora.”, kata Alistair Edwards, pengarah sukan JDT.


“Kini Benjamin Mora akan kembali kepada peranan asal beliau selaku ketua jurulatih JDT II kerana beliau hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama. Pemain muda yang dapat kita lihat pada masa ini seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh,” jelasnya.

Ismail Ibrahim dan Raul Longhi dilantik sebagai jurulatih sementara

“Kami akan mengumumkan ketua jurulatih baru untuk JDT tidak lama lagi. Pada masa ini, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan memikul sementara tugas jurulatih ini,” katanya.

Raúl Marcos Longhi dilantik sebagai jurulatih sementara bersama Ismail Ibrahim.

“Oleh itu kami ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Benjamin Mora atas segala kerja keras, dedikasi dan semua yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjaga kelab kami yang hebat ini. Beliau adalah seorang jurulatih muda yang berpotensi dan kami yakin beliau akan menjadi seorang jurulatih yang lebih baik pada masa akan datang.”

KAMI INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA BENJAMIN MORA 'CARETAKER' JDTSebelum ini kami tidak mahu membuat…

JOHOR Southern Tigersさんの投稿 2017年6月18日