Liga Super Malaysia

2 buah kelab Korea Selatan uji PKNP FC

Pasukan dari Liga Perdana Malaysia, PKNP FC berlepas ke Korea Selatan untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan dengan dua kelab dari divisyen 2 dan 3 Liga Korea, iaitu Gyeongnam FC dan Changwon FC. Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim menyifatkan perancangan ke Korea sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan yang lebih padat selepas hari raya Aidilfitri.

“Ini juga sebagai persediaan memantapkan kesemua pemain memandangkan jadual perlawanan akan lebih padat. Bulan Julai sahaja, ada lapan perlawanan (Liga Perdana dan Piala Malaysia). Oleh itu, semua perlu bersedia dan diharap pemain dapat memanfaatkan peluang di sana (Korea) bagi memperbaiki mutu permainan,” katanya.

PKNP membawa semua pemain serta dibantu oleh pemain pinjaman berpengalaman, Hafiz Ramdan dan Mohd Raffi Nagoorgani daripada pasukan Liga Super Perak.  Selain itu, PKNP juga turut membawa pemain import baru dari Korea Selatan, Kim Hyun Woo, yang mengisi kuota Asia.

“Penyerang, Hyun Woo, akan bergandingan dengan pemain import sedia ada, iaitu Vincent Weiji, Gilberto Valdenesio dan Ritus Krjauklis,” tambahnya.

Gyeognam FC

Gyeognam FC merupakan kelab yang berpengkalan di daerah selatan Gyeongsang dan ditubuhkan pada tahun 2006. Kelab ini kini menghuni kedudukan teratas liga divisyen 2 Korea, K League Challenge. Mereka merupakan naib juara Piala FA korea sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2008 dan 2012. Pasukan ini dibimbing oleh bekas pemain skuad Piala Dunia Korea Selatan, Kim Jong Boo.

Barisan pemain skuad Gyeongnam FC

Changwon FC

Changwon FC merupakan kelab yang berpengkalan di bandar Changwon. Kelab ini kini menghuni kedudukan keempat liga divisyen 3 Korea, National League. Mereka merupakan juara National League pada tahun 2009 dan naib juara liga sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2006 dan 2015. Pasukan ini dibimbing oleh bekas pemain skuad Piala Dunia Korea, Park Hang Seo.

Barisan pemain dan jurulatih skuad Changwon FC