Berita

Beri Kami Diskaun 50%, Kami Bayar Tunai – Tan Sri Panglima Haji Annuar Musa

KAFA Akan Bayar Tunggakan 2017 Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Kemaskini terbaru Tan Sri Panglima Haji Annuar Musa di laman sosial Facebook hari ini menyatakan bahawa semua tunggakan gaji pemain untuk musim 2017 akan diselesaikan pada 20 Jun 2017.

Semua pembayaran ini telah dipersetujui oleh beberapa penaja untuk membantu masalah kewangan yang dihadapi oleh KAFA ketika ini. Acara ini juga akan diadakan serentak dengan majlis berbuka puasa di Seri Bukit Marak.

 

Beri Diskaun 50%, Kami Bayar Tunai
Menurut Tan Sri Annuar Musa juga, tunggakan bagi tahun 2015 dan 2016, sebahagian besarnya adalah pampasan atau penyelesaian penamatan kontrak lebih awal, dan KAFA masih tidak mempunyai kemampuan untuk menjelaskannya.

Satu cadangan untuk membantu, pihak penaja secara sukarela menawarkan sattu cara penyelesaian kepada semua pemain tempatan dan pemain import yang terlibat.

Kepada mana-mana pemain yang sanggup menyelesaikan tuntutan dengan memberikan KAFA diskaun 50%, pihak penaja akan membayar bagi pihak KAFA secara tunai dalam tempoh 30 hari selepas mereka memberikan persetujuan secara hitam putih.

“Untuk melancarkan perkara itu, sebuah firma guaman dilantik sebagai ‘stakeholder’, yang akan menulis surat dan menghantar tawaran ini kepada semua pemain yang terlibat, sekiranya bersetuju memberikan diskaun 50%.”

 

Usahasama Pihak Penaja Untuk Selesaikan Hutang
Tawaran ini dibuat oleh sekumpulan penaja pasukan secara sukarela untuk mempercepatkan penyelesaian hutang.

“Bagi pemain-pemain yang tidak bersetuju, tiada paksaan untuk mereka dan perlu menunggu seperti biasa sehingga KAFA mempunyai keupayaan menyelesaikannya.”

“Mereka boleh pilih yg mana satu.Kami cuma cuba membantu kedua dua pihak TANPA PREJUDIS.”

 

Insyaallah beberapa penaja sepakat UNTUK MEMBANTU MEMBAYAR GAJI SKUAD 2017 TRW BAGI BULAN JUN(yg sepatutnya di bayar…

Tan Sri Annuar Musaさんの投稿 2017年6月7日