Luar Negara

Uzbekistan tewaskan Thailand 0-2, Perlawanan Pertama Ketua Jurulatih Milovan Rajevac

Thailand berada di Uzbekistan dalam rangka perlawanan persahabatan menjelang perlawanan bertemu UAE pada 13 Jun 2017. Skuad kendalian Milovan Rajevac itu tewas 0-2 hasil jaringan Abdukholikov Temurkhuja dan  Rashidov Sador.

Ini merupakan perlawanan pertama Milovan Rajevac bersama pasukan kebangsaan Thailand.

Walaupun keputusan tidak berpihak kepada Thailand, Rajevac menyifatkan persembahan pasukannya tidak terlalu teruk. Pasukan Thailand dilihat banyak melakukan peningkatan terutama dari segi penyusunan barisan pertahanan sejak bersama Rajevac.

Barisan pemain yang beraksi juga tidak termasuk pemain-pemain dari pasukan Muangthong United, dan Rajevac percaya dengan kemasukan pemain-pemain dari Muangthong United itu nanti akan mampu menguatkan lagi pasukan.

Komen Selepas Tamat Perlawanan

” Sudah tentu ia satu keputusan yang tidak mengujakan apabila kalah. Kami banyak belajar dari perlawanan dan akan menggunakannya sebagai pengalaman untuk cabaran masa depan”

” Ia perlawanan yang sukar untuk kami. Kami baru sahaja membina pasukan. Ramai pemain dari Muangthong United tidak bersama pasukan. 2 pemain dari Chiangrai United pula tidak berlatih bersama kami kerana mempunyai perlawanan liga. Kami masih lagi mencari pemain yang sesuai dan melakukan eksperimen untuk mencari kombinasi pemain yang terbaik.”

” Sasaran utama kami adalah untuk membina pasukan untuk masa depan, untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022. Kami mahu meningkatkan tahap permainan pasukan kebangsaan.

” Hari ini kami mempunyai peluang, tetapi prestasi pasukan tidak berada pada tahap terbaik. Jika kita berjaya menggunakan peluang yang terhidang, Thailand mampu seri dengan Uzbekistan.”