Berita

Al-Ahli Saudi FC Tamatkan Kontrak Penajaan Qatar Airways

Gergasi bola sepak Asia dari Arab Saudi, Al Ahli Saudi FC semalam mengumumkan penamatan kontrak penajaan jersi pasukan oleh Qatar Airways berkuatkuasa serta merta, ekoran kenyataan kerajaan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Al Ahli Saudi FC melalui laman sosial Twitter rasmi mereka telah memuatnaik kemaskini mengenai perkara ini.

Al Ahli Saudi FC telah menandatangani perjanjian penajaan bersama Qatar Airways pada 1 Oktober  2014 selama 3 tahun, telah memperbaharui kontrak penajaan itu pada bulan Mei lalu sehingga 2019.

 

Hilang USD16 Juta Penajaan Jersi

Menurut portal Gulf News, dengan penamatan kontrak penajaan itu, Al Ahli Saudi FC akan hilang sebanyak USD 16 juta semusim berdasarkan perjanjian penajaan jersi terbaru mereka.

Kontrak baru selama 3 tahun yang ditandatangani pada 8 May 2017, itu dianggarkan bernilai USD48 juta, juga merupakan salah satu dari usaha Qatar Airways untuk meluaskan lagi penjenamaan mereka dirantau Asia dan juga global. Qatar Airways juga baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah dipilih sebagai rakan penerbangan rasmi FIFA World Cup 2022 yang akan berlangsung di Qatar.

 

AFC Champions League 2017

Al Ahli Saudi FC telah diundi bertemu gergasi bola sepak Iran, Persepolis FC dalam saingan suku akhir AFC Champions League 2017.