Malaysia Berita

Isu FAM dengan Frank Bernhart akhirnya sudah selesai

Setiausaha agung FAM, Dato Haji Hamidin Amin hari ini menjelaskan isu berhubung tuntutan baki gaji bekas ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Frank Bernhardt telah pun diselesaikan selepas satu perjumpaan khas diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Dato Hamidin bersalaman dengan Frank Bernhardt selepas selesai bermesyuarat berbincang mengenai isu pampasan kontrak.

FAM mengambil sikap untuk tidak mengulas mengenai isu ini sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan dan perbincangan dengan Bernhardt. Penyelesaian dan keputusan yang telah dibuat hari ini turut telah mendapat perkenan Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi.

Akhirnya, peminat bolasepak tanah air boleh menarik nafas lega kerana isu ini sudah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.