Liga Super Malaysia

Pasukan Kelantan bakal diswastakan ?

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju menswastakan badan induk itu bermula saingan liga musim depan sebagai pendekatan dalam menyelesaikan beberapa masalah yang menghimpit mereka.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata semua Exco yang bermesyuarat semalam telah bersetuju untuk menswastakan persatuan itu.

Penswastaan persatuan ini bakal membabitkan dua pihak iaitu pihak swasta dan wakil kelab penyokong dalam pengurusan KAFA. Pembahagian saham persatuan membabitkan kira-kira 70 peratus untuk syarikat swasta manakala 30 peratus lagi menjadi milik penyokong negeri ini.  

NSTP/ AHAMD IRHAM MOHD NOOR

Beberapa Exco KAFA akan ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk berbincang mengenai beberapa isu termasuk sekatan pendaftaran pemain dan segala masalah yang berbangkit.

Sebelum ini FMLLP mendakwa KAFA masih menghadapi sekatan susulan beberapa isu berhubung pendaftaran pasukan yang belum dilengkapkan, malah KAFA mempunyai tempoh sehingga 31 Oktober depan bagi menyelesaikan pelbagai dokumen berkaitan.

Kegagalan melengkapkan pendaftaran pasukan musim ini berkemungkinan KAFA akan disingkirkan ke saingan Liga Perdana dan andai masalah berlarutan sehingga musim depan, KAFA tidak dibenarkan menyertai Liga Malaysia.

sumber: Berita Harian