Liga Super Malaysia

Tan Sri Annuar Musa berang dengan FMLLP

Tan Sri Annuar Musa hari ini mendakwa pihak Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia iaitu FMLLP telah memberikan kenyataan putar belit di media cetak mengenai isu sekatan perpindahan pemain yang dikenakan ke atas pasukan Kelantan.

“Semakin jelas auta FMLLP, baru baru ini mereka keluarkan kenyataan bahawa sekatan kepada KAFA kerana isu tunggakan gaji dan pendaftaran pemain baru hanya boleh di benar kalau ia tidak melibatkan kos tambahan.”

“Semalam mereka beri alasan hasil perpindahan tak dibelanja utk selesai masaalah tanpa mereka siasat terlebih dahulu. Hari ini lain pula ceritanya, kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pula,” kata Tan Sri Annuar Musa.

Annuar Musa turut mendakwa FMLLP menerima perintah daripada JDT.

“Kalau itu alasan kenapa Abou Bakr boleh di daftar ? adakah kerana perintah JDT dan untuk JDT memiliki ghaddar maka budi bicara boleh pula digunakan? budi bicara siapa ? diputus dalam mesyuarat mana ? mana minitnya ? atau kuasa individu ? “

“Sekiranya sekatan yang belum KAFA lepasi sila batalkan perpindahan Ghaddar dan Bakr, kerana undang undang mesti jelas dan konsisten. Dalam mesej JDT jelas menyebut perpindahan yang bersifat win win supaya KAFA boleh membeli pemain baru,” jelas Tan Sri Annuar Musa sekali lagi.  

Budi Bicara

“Dalam mesej JDT, jelas menyebut perpindahan yang bersifat “win-win” supaya KAFA boleh membeli pemain baru. Sekarang yang mana satu? “

‘Sekarang ada ‘claim’ yang FMLLP menggunakan budi bicara. Kalau begitu apa yang menghalang FMLLP menggunakan budi bicara apabila Seydi menggantikan Ceilin yang cedera dan tidak cergas?”

“FMLLP mahu KAFA buang duit atau cari duit?”

FMLLP Kuda Tunggangan?

Tan Sri Annuar Musa juga menyatakan apakah FMLLP ini hanyalah kuda tunggangan.

“Atau FMLLP hanya kuda tunggangan seperti yang pernah ditulis oleh seorang yang berpengaruh dalam bola sepak di laman sosial Facebook satu ketika dahulu?”

Tuntut Penjelasan 

“Sila beri penjelasan ‘Once and For All.”

“Atau FMLLP harus di disiplinkan sudahlah gagal mendapatkan bayaran tajaan dari MP & Silva serta gagal memberikan apa yang dijanjikan kepada pasukan, kini menguruskan perlawanan mengikut budi bicara sendiri.”

“Mau bawa kemana Liga Malaysia?”, soalnya lagi.

Semakin jelas AUTA FMLLP ..baru baru ini mereka keluarkan kenyataan BAHAWA SEKATAN KPD KAFA kerana isu tunggakan gaji…

Tan Sri Annuar Musaさんの投稿 2017年5月29日