MSL Transfer Rumours : Bekas pemain Chelsea hampir pasti ke PKNS FC

PKNS FC hampir pasti menandatangani bekas pemain skuad simpanan Chelsea, Fabio Ferreira yang berasal dari Portugal dalam jendela perpindahan kedua Liga Super Malaysia.

Jurulatih PKNS FC, E.Elavarasan baru-baru ini telah menyatakan akan mengugurkan 3 pemain importnya dan bakal membawa masuk pemain import baharu. 

Difahamkan, dua pemain yang bakal digugurkan Elavarasan itu ialah penyerang Palestin, Matias Hadwa dan pertahanan dari Argentina,Gonzalo Soto  dan salah seorang sama ada Lucas Espindola atau Patrick Ronaldinho Wleh.

Laman Fox Sports Australia juga menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan pemain ini ke PKNS FC apabila melaporkan Fabio Ferreira bakal meninggalkan A-League dan berhijrah ke luar negara, dipercayai ke Malaysia. 

“Anda tidak tahu apa boleh berlaku dalam bola sepak,” kata Ferreira 

“Saya akan pergi sekarang dan saya boleh kembali semula dalam dua atau tiga tahun yang akan datang. Ini adalah satu lagi peluang bagi saya tetapi saya tetap cinta Australia, ia sebuah negara hebat dan saya boleh nampak diri saya disini satu hari nanti.”

Ferreira bermain dalam A-League selama lima tahun, bermain selama tiga musim dengan pasukan Adelaide United sebelum menyertai pasukan Central Coast Mariners FC pada tahun 2015. Setakat ini bekas pemain muda Sporting Lisbon dan Chelsea itu telah menjaringkan 28 gol dalam A-League.