Liga Super Malaysia

“Sekiranya itu tidak dihormati, pasukan juga berhak untuk tidak bersimpati terhadap kamu!”

Isu berkaitan masalah tunggakan gaji bekas pemain-pemain semakin tegang terutamanya bekas pemain import Kelantan yang terus menekan melalui laman sosial.

Perkara ini juga telah mendapat perhatian FIFPro dan mereka mahukan pihak FAM dan FMLLP menyelesaikan perkara ini segera.

Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan melalui laman sosial Facebook pagi ini, jelas berang dan memberi amaran dengan beberapa pihak yang sentiasa menghentam beliau.

“Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang mendakwa diri sebagai pro, tapi mencampakkan profesionalisme mereka kedalam longkang.”

“Mereka memilih untuk menulis dalam media sosial tanpa ada tanggungjawab untuk memeriksa fakta dan peraturan.”

“Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap.”

Kata-kata ini ditujukan kepada bekas pemain mereka yang selalu membuat kecoh dilaman sosial – Johnny McKain dan juga Blazhe Ilijoski.

“Menukar pemain tidak semestinya menambah kos, terutama bila pasukan ada perjanjian tertentu dengan  ejen dan pemain berkaitan dengan prestasi mereka atau tahap kecergasan mereka.”

“Menukar pemain untuk memperbaiki prestasi adalah sebahagian daripada usaha memperbaiki aliran wang pasukan.”

“Ia dibuat dengan mengambil kira ‘cost-benefit’ analisis yang teliti.”

Tan Sri Annuar Musa jelas berang dengan beberapa pihak itu dan memberikan amaran.

“Shut up if you never run a profesional team and never in the position of responsibility to raise money to pay footballers.”

Tambahnya lagi usah berlagak profesional jika sekadar tahu makan gaji.

“Kepada bekas pemain yang suka bermain Facebook dan Twitter, kami sudah lama bertolak ansur dengan sikap anda.”

“Mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat mengenai pasukan adalah satu pelanggaran kontrak.”

“Sekiranya itu tidak dihormati, pasukan juga berhak untuk tidak bersimpati terhadap kamu!”

“Sebagai penaja, kita akan terus membantu pasukan memperbaiki prestasi pasikan yang kami taja terutama pasukan yang sentiasa dicemburui dan sering dianiayai.”

Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang MENDAKWA DIRI SEBAGAI PRO tapi mencampakkan PROFESIONALISMA mereka dalam…

Tan Sri Annuar Musaさんの投稿 2017年5月27日